Cerpen Nadia Khan

Assalamualaikum,
hello engkorang! Dah lama aku tak update blog ni. Habuk? Sarang labah-labah? Jap.. Aku usha tadi takde pulak. Dahhh. Aku tak nak buat ada yang terasa frust menonggeng kang kalau aku cakap lebih-lebih baik aku terus direct kenapa tiba-tiba aku ada mood gila nak update post dekat blog ni.

Senang cerita aku nak buat review tentang buku ni (memandangkan dia 'antara' favourite author aku) sekaligus aku nak promote buku-buku alternatif especially FIXI, LEJEN PRESS, RABAK-LIT, POKET PRESS, SELUT PRESS, SANG FREUD PRESS dan lain-lain.
*Perkataan 'antara' tu macam ramai sangat kan? Tak adalah sangat. But, aku minat Ariff Adly, Nadia Khan, Saat Omar, Ramlee Awang Murshid.

First of all, aku nak review sikit buku Cerpen Nadia Khan ni;

Memandangkan dia favourite author aku, memang aku grab buku-buku dia. Actually, buku Kelabu tak grab lagi sebab selalu habis stok. Haishhh. Aku tak nak melalut sangat. Jadi, terus kepada reviewnya. Buku ni sangat best dan kesemua cerita yang nak disampaikan menusuk kalbu sampai mencucuk-cucuk jiwaku ini. *Aduh, sakitnya!* Kebanyakkan cerpen dia agak tergantung tapi bagi aku, Nadia mungkin tak nak buat ending sebab dia tahu pembaca mesti agak benda-benda klise dan akan buat pembaca jemu. Jadi dia gantungkan supaya pembaca buat sendiri ending dia. Cenggittu.. *maaf kak Nadia selamba predict sendiri*. Ada satu cerpen yang buat aku terharu gila, tajuknya "ADA APA DENGAN KINA". Cerpen ni yang paling buat aku nak menangis gila. Sebab apa? Cerpen ni memang kena dengan life aku dan aku rasa kak Nadia tengah ceritakan kehidupan aku dekat orang lain. Macam mana aku ni seorang dirinya/introvertnya. Korang memang kena baca semua cerpen dalam koleksi Cerpen Nadia Khan ni sebab semuanya memang best dan korang boleh masukkan diri korang dalam cerita tu dan korang dapat rasakan apa yang korang baca tu sebenarnya korang. Macam tu lah pendapat aku.

Seterusnya kita pergi review untuk kesemua buku alternatif dan urban yang ada dekat pasaran sekarang.

Macam aku kata tadi, sekarang ni dah banyak buku-buku alternatif dan urban yang ada dekat pasaran. Korang boleh pilih. Daripada yang terbit novel sahaja, yang terbit kesemua jenis buku puisi ke novel ke cerpen ke novella ke certot ke semualah! Memang banyak sekarang ni dekat kedai-kedai buku. Apa yang specialnya buku-buku alternatif dan urban ni?

Bagi aku, buku-buku alternatif dan urban ni memang kena dengan jiwa-jiwa muda sekarang ni. Sebab diorang menggunakan bahasa-bahasa yang orang sekarang guna dan cerita-cerita yang diterbitkan semuanya tak klise dan boleh dikatakan sesuatu yang berlaku sepanjang hari-hari kita di bumi ni. Dari isu semasa, isu politik ke isu kecendurangan macam novel Seronok karya Saat Omar. Semua isu yang jadi topik hangat atau topik yang sering kita dengar dijadikan sebuah cerita yang lebih awesome. Penggunaan bahasa? Tak adalah terlalu ikut sastera tinggi. Tapi, masih boleh diguna pakailah. Itu semuanya ikut pembaca. Lagi sekali, ini pendapat aku je. Yang tak puas hati jangan serbu aku sebab ni pendapat orang dan kita sebagai manusia perlu terima pendapat orang lain kan?

Jadi, this is the end of my entry tonight. Go grab all of those book that you really love and want to read! Teruskan membaca!

Assalamualaikum. Bye!

p/s: Maaf sebab tak pandai buat review.